Stokis Negeri Diperlukan

>> September 25, 2009

Berminat untuk menceburi bidang hidrokultur?

Kami memerlukan stokis negeri untuk tanaman hidrokultur dan hidroponik

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
kazzponik@yahoo.com

Read more...

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

>> August 09, 2009

Kami akan berada di Sambutan HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009 yang akan diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka. Anda semua dijemput hadir. Kami menawarkan pelbagai barangan untuk Hidroponik dan Hidrokultur khas untuk anda. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pertanian Hidroponik dan Hidrokultur. Pelbagai peluang perniagaan kami tawarkan kepada anda.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN ANDA. KUNJUNGI BOOTH KAMI DISANA SEPANJANG TEMPOH PAMERAN!

MAKLUMAT PAMERAN:
Tarikh :10 hingga 16 Ogos 2009
Tempat :Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh, Melaka
Anjuran :Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dirasmikan oleh:

Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 13 Ogos 2009 (Khamis, jam 10.00 pagi).



Read more...

SEWAAN SET HIDROKULTUR!

>> August 06, 2009

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING INGIN MEMBERI TAWARAN PAKEJ SEWAAN HIDROKULTUR UNTUK:

Hotel
Set hidrokultur sesuai dijadikan perhiasan di bilik-bilik hotel, ruang legar, ruang legar, ruang kafe, tandas dan lobi hotel. Hidrokultur ini dapat menyerikan lagi di dalam hotel agar kelihatan lebih menarik. Hidrokultur ini juga sesuai untuk mengatasi stress, murung, lesu dan menjadi terapi untuk kesihatan, menceriakan suasana hotel, meneutralkan pencemaran udara dan sebagainya. Bayangkan suasana di dalam bilik hotel, dihiasi dengan tanaman hidrokultur dalam pasu berkaca dengan ikan laga, gapi dan puyu sedang berenang di sekitar akar pokok yang putih. Sungguh indah dan menenangkan fikiran.

Majlis Perkahwinan
Set Hidrokultur sesuai dijadikan perhiasan di ruangan santapan bagi raja sehari, tetapi VVIP, serta para tetamu yang hadir serta ia juga sesuai dijadikan cenderahati kepada tetamu. Hidrokultur ini juga menyerikan lagi suasana kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan serta dapat memberikan keunikan dan kecantikan di persekitaran majlis. Justeru kami berharap mendapat sokongan dan kerjasama dari anda yang berminat untuk menjayakan majlis perkahwinan raja sehari yang diidamkan setiap insan.

Sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan
Set Hidrokultur juga sesuai untuk mengatasi masalah stress, murung, lesu, dan menjadi media terapi untuk kesihatan, menceriakan suasana sekitar, meneutralkan pencemaran udara dan sebagainya di ruang-ruang pejabat anda tidak kira sama ada anda bekerja sendiri, kerajaan mahupun swasta. Bayangkan suasana dalam bilik pejabat dihiasi dengan tanaman hidrokultur dalam pasu berkaca dengan ikan laga, gapi dan puyu sedang berenang di sekitar akar pokok yang putih. Sungguh indah dan menenangkan fikiran. Ia juga dapat menyerikan lagi suasana di pejabat serta dapat memberikan keunikan dan kecantikan di pejabat agar kelihatan lebih menarik. Justeru dengan usaha meletakkan set hidrokultur di ruang pejabat anda, ia akan dapat membantu kerajaan menjayakan ‘Kempen Bumi Hijau’.

PAKEJ SEWAAN YANG DITAWARKAN:
* 1 pakej sewaan: 50 set hidrokultur (minimum tempahan)
* 1 bulan-RM500.00
* 1 Tahun-RM5000.00
* Perjanjian sewaan-Disediakan
* Khidmat penyelengaraan- 2 kali sebulan

SATU SET HIDROKULTUR YANG KAMI SEDIAKAN TERDIRI DARIPADA :-

1) Balang kaca 2) Pokok hiasan 3) Ikan hiasan


JENIS POKOK HIASAN YANG KAMI SEDIAKAN:


JENIS BAJA YANG SESUAI UNTUK POKOK HIDROKULTUR




Berat: 125ml
Kini terdapat baja yang sesuai untuk tanaman hidrokultur yang membekalkan nutrient yang cukup iaitu BAJA CECAIR GREENEDEN. Cuma tambah 2liter air (bersamaan dengan 4 botol mineral kecil) untuk satu penutup botol. Ianya sangat effektif untuk tanaman hidrokultur dan tidak memberi kesan kepada kesihatan jika terminum baja ini malah ikan juga boleh hidup didalam baja ini tanpa pam oksigen dan anti klorin!
........................................................................................................................................................

Untuk sewaan, sila hubungi kami di:

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
No.88, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Email: kazzponik@yahoo.com / sales@kazzponik.com
Pejabat: 06-2323500
Faks: 06-2323887
HP: 019-7736867 (Cik Hidayah)

Read more...

Rumah Hydrokultur

>> August 02, 2009

Saban tahun, permintaan terhadap pokok bunga dan pokok hiasan semakin meningkat. Statistik menunjukkan lebih kurang 610 orang pengusaha bunga-bungaan dn tanaman hiasan yang telah berdaftar di Malaysia. Jumlah pengusaha ini seraya dengan peningkatan permintaan terhadap bunga-bungaan di Malaysia.Keluasan kebun bunga dan tapak semaian di Malaysia kini mencecah hampir 2000 hektar.

Jika kita lihat kebanyakan pusat semaian anak pokok misalannya pokok bunga dan pokok hiasan di Malaysia, kebanyakannya menggunakan tanah sebagai medium penyemaian. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan kawasan penyemaian, kami mengesyorkan untuk menggunakan teknik hidrokultur sebagai medium penyemaian pokok hiasan dan bunga-bungaan.

Penubuhan rumah hidrokultur dapat membantu dalam penjimatan kos kawasan yang digunakan. Rumah hidrokultur ini adalah teknik yang berkesan kerana ia boleh dijalankan dimana sahaja. Selain dilakukan di tepi-tepi jalan seperti kebiasaannya, ia kini boleh dijalankan di tempat-tempat tertutup seperti Pasaraya, Shopping Complex, di deretan kedai dan sebagainya.

Kenapa Hydrokultur ia boleh dilakukan ditempat tertutup?

  • Ia tidak menggunakan medium tanah sebagai tempat penanaman dan penyemaian.
  • Hanya menggunakan air baja sebagai medium penanaman
  • Tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
  • Tak memerlukan cahaya matahari yang banyak cukup sekadar cahaya lampu
  • Menjimatkan kos penggunaan tanah
  • Membantu pengudaraan di dalam tempat seperti shopping compleks, pasaraya dan supermarket
  • Menarik perhatian pengunjung di pasaraya
  • Meningkatkan produk jualan hidrokultur
  • Menarik minat untuk menceburi bidang Hidrokultur

Projek rumah hydrokultur ini adalah satu langkah penjimata yang bijak untuk dilakukan oleh kepada sesiapa yang meminati bidang perusahaan bunga-bungaan dan tanaman hiasan.

Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang hidrokultur ini boleh hubungi kami ditalian 06-2323500.

Read more...

TRADESCANTIAL SPATHACEA VARIEGATA

>> July 20, 2009

TRADESCANTIAL SPATHACEA VARIEGATA



Nama: Variegated Oyster Plant, Variegated Boat Lily/Plant, Variegated Moses-in-the-basket
Nama Saintifik: Tradescantia Spathacea Variegata
Keluarga: Commelinaceae

Penerangan:
Jika anda sukakan tanaman yang beraneka, terutama yang bercampur dengan warna merah jambu, tanaman 3 warna ini mungkin patut menjadi pilihan anda. Ianya sangat mudah ditanam, dan boleh hidup di tempat yang terik sama ada dengan kelembapan tanah mahupun air. Pokok 3 warna ini tumbuh dengan perlahan berbanding dengan pokok satu warna atau pokok berwarna hijau sahaja malah lebih tahan. Pokok yang telah matang mempunyai spesimen dahan yang tebal yang boleh bertahan di dalam bekas yang ditutup rapat.

Read more...

PHILODENDRON

PHILODENDRON IMPERIAL RED

Nama: Philodendron Imperial Red
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Daunnya yang berwarna merah keungguan dan hijau membuatkannya kelihatan elegan dan amat sesuai diletakkan di dalam bilik yang gelap. Berbanding dengan philodendron yang lain, Imperial Red adalah antara pokok yang tumbuh membesar dengan cantik, teratur dan bersih.

Read more...

DRACAENA

DRACAENA MARGINATA

Nama: Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena
Nama Saintifik: Dracaena Marginata
Keluarga: Ruscaceae
Negara Asal: Madagascar, Afrika

Penerangan:
Dracaena marginata (Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena) adalah sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Ruscaceae, yang terdapat di Madagascar. Ianya adalah sejenis pokok renek yang hanya mencapai ketinggian 2-5m. Daunnya yang tirus dan kurus, berwarna hijau boleh mencapai sehingga 30-90cm panjang dan 2-7cm lebar. Ianya selalu dikelirukan dengan spesis lain dari Dracaena, dan tanaman lain. Ianya disenaraikan sebagai salah satu tanaman yang dikaji oleh NASA Clean Air Study dan didapati antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehyde. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene. Pokok ini sangat cepat mengesan udara yang bertoksin dan tidak dapat hidup dalam keadaan yang panas terik.

Read more...

DIEFFENBACHIA

DIEFFENBACHIA CAMILLA

Nama: Dumb Cane, Spotted dumb cane, Gold-dieffenbachia
Nama Saintifik: Dieffenbachia Camilla
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Tropic America

Penerangan:
Dieffenbachia terdiri daripada 30 jenis dieffenbachia yang terdapat di Costa Rica, Columbia, Brazil, Puerto Rico. Ianya adalah pokok yang senang dijaga dan tahan lama. Tanaman ini sering digunakan di dalam rumah, pejabat dengan daunnya yang besar dan lebar. Ianya beraneka putih dengan batangnya yang cerah. Kebanyakkan dieffenbachia akan tumbuh membesar dari 3-6 kaki (90-180cm) tinggi dan 1-3 kaki (30-100cm) lebar. Pokok ini akan membesar dengan cepat di dalam suasana yang ideal yang terdedah kepada cahaya matahari. Ianya memerlukan cahaya yang cerah dan kelembapan yang kurang.

DIEFFENBACHIA COMPACTA


Nama: Dieffenbachia Compacta/ Dieffenbachia Excellent
Nama Saintifik: Dieffenbachia Compacta
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Brazil

Penerangan:
Dieffenbachia Compacta kelihatan lebih padat dari jenisnya yang lain. Ianya mempunyai warna krim pada daunnya dan berbintik warna hijau. Ianya sangat cantik jika diletakkan di dalam pejabat, rumah dimana terdapat ruangan yang nampak sempit. Ianya mempunyai daun yang besar, beraneka, dan batangnya yang putih . Kebanyakkan dieffenbachia membesar dari 3-6 kaki (1-1.8 m) tinggi dan 1-3 kaki (30-100cm) lebar.

Read more...

ANTHURIUM

ANTHURIUM PINK

Nama: Anthurium Pink
Nama Saintifik: Flamingo Lily Flower – Anthurium andraeanum
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Berwarna merah jambu, ianya adalah antara pokok hiasan yang sangat versatil. Terdapat banyak majlis perkahwinan yang menggunakan bunga ini sebagai jambangan bunga, yang disamakan dengan warna riben yang digunakan.

ANTHURIUM RED

Nama: Anthurium Red
Nama Saintifik: Flamingo Lily Flower – Anthurium andraeanum
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Anthurium berwarna merah dan berbentuk hati ini sangat cantik dan amat dikenali. Ianya dikenali sebagai ‘Red Anthurium’. Ianya merupakan tanaman yang tahan, terutamanya jika diletakkan di dalam bilik. Berbanding bunga lain yang digunakan untuk hadiah seperti bunga lili dan mawar, yang boleh rosak dalam masa 1-2 minggu, anthurium boleh bertahan sehingga tempoh satu bulan.

ANTHURIUM WHITE

Nama: Anthurium White
Nama Saintifik: White Lady Anthurium
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Sangat elegan, white anthurium mempunyai bentuk yang sangat cantik dan unik iaitu sejenis pokok yang berbunga dan berdaun. Daunnya mampu menangkis bakteria. Daunnya berwarna hijau gelap berbentuk segitiga, serupa seperti daun ‘Lady Jane’.

Read more...

ALOCASIA

ALOCASIA MILO

Nama: Alocasia Milo
Nama Saintifik: Alocasia melo
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Borneo

Penerangan:
Hanya boleh dijumpai di kawasan Borneo iaitu di Sabah di mana ianya terlibat dalam tanah yang ultrafamik. Daunnya bertekstur tinggi yang menyerupai daun seakan-akan warna kulit kelabu gelap. Seludang warna putih dengan tanda-tanda merah di bahagian bawah daun. Ianya merupakan antara tanaman hiasan yang sangat unik dan menarik.


ALOCASIA WHITE VEIN

Nama: Alocasia White Vein / Black Velvet
Nama Saintifik: Alocasia Reginula
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Sabah, Malaysia.

Penerangan:
Ianya kecil, mempunyai daun yang lebar, dan dapat mencapai ketinggian sehingga 18” inci (30cm). Daunnya berbentuk oval, elipstik dan daun di bahagian atas berwarna hitam kehijauan dan daun di bahagian bawah berwarna ungu.

Read more...

Pegaga: Centella Asiatica

>> July 19, 2009



Nama Tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica/hydrocotyle asiatica
Nama Lain: Tapak kuda (Indonesia), Pennywort (Inggeris), Gotu kola (India), Buabok(Thai), Ching Chow Sui (Cina). Mandookaoarni (Sanskrit)
Famili: Apiaceae/Umbelliferae

Pegaga berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagaskar. Kemudian tersebar ke kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, Hindia BArat, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembab berdekatan dengan air (dipersisiran sungai dan tali air) Kebanyakan sepsis boleh tumbuh di kawan terbuka, namun ada juga spesis yang memerlukan keadaan lindungan sederhana.

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.

Khasiat:

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan 3 kaum utama negara iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Di Madagaskar pegaga dikeringkan, dikisar dan digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, sifilis, bronchitis dan luka-luka kulit. Kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
• Penawar alahan
• Anti kanser
• Melawaskan air kencing
• Penawar batu karang
• Penawar kencing berdarah
• Penawar ulser
• Merangsang peredaran darah
• Merawat cirit birit
• Menurunkan tekanan darah


Read more...

AGLAONEMA

>> July 15, 2009

TANAMAN HIASAN: AGLAONEMA


Nama Tempatan
: Aglonema
Nama Saintifik : Aglaonema spp.
Nama Lain : Sri rejeki (Indonesia) ,evergreen (Chinese), keladi
Famili : araceae
Kegunaan : Tumbuhan hiasan
Asal : Asia
Spesis : lebih kurang 20 spesis

* Aglaonema brevispathum
* Aglaonema commutatum
* Aglaonema costatum
* Aglaonema crispum
* Aglaonema hookerianum
* Aglaonema modestum
* Aglaonema nebulosum
* Aglaonema nitidum
* Aglaonema pictum
* Aglaonema rotundum
* Aglaonema siamense
* Aglaonema simplex
* Aglaonema Anjamani
* Aglaonema Lady Valentine
* Aglaonema Param Ruai
* Aglaonema Pred Of Sumatera
* Aglaonema Tropical

Ciri-ciri :
Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae) dan menjadi tumbuhan hiasan kegemaran kerana daunnya yang menarik dan ketahanannya hidup di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang terbatas.

Habitat asalnya ialah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup sempurna pada medium yang mempunyai saliran yang baik dan poros serta mendapat bekalan air yang mencukupi.Air sangat penting untuk pertumbuhannya dan tumbuhan ini akan mati jika tidak mendapat air yang mencukupi.Ia juga merupakan tumbuhan yang senang ditanam serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Aglaonema merupakan sejenis herba bukan semusim dan apabila matang ia boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm (bergantung kepada spesisnya). Daunnya berbentuk pelepah seperti daun keladi dan berbentuk runcing dihujungnya. Bunganya pelbagai, secara amnya berwarna putih dan kecil.Sesetengah spesis boleh mengeluarkan buah yang berbentuk beri dan berwarna merah.Antara aglaonema yang biasa ditanam ialah Aglaonema commutatum maculatum,A. commutatum treubi,A. pseudo bracteatum,A. crispum (syn:a.roebellinii) dikenali juga dengan nama painted drop tounge,A. rotundum.

Pelbagai spesis hibrid juga telah dihasilkan dari spesis asal tersebut antaranya yang popular ialah pride of sumatera, Donna carmen,King of Siam,A. `Abidjan',A. `B.J. Freeman',A. `Bangkok',A. `Fransher',A. `Lillian',A. `Malay Beauty',A. `Manila',A. `Maria',A. `Parrot Jungle',A. `Romana',A. `San Remo',A. `Silver Duke',A. `Silver King' dan banyak lagi.


AGLAONEMA ANJAMANI


Nama : Dud Unyamanee
Nama Saintifik: Aglaonema Anjamani
Negara Asal : Thailand
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Warna merah dan bertompok-tompok hijau dihelai antara urat dan pinggir daunnya membuatkannya cantik dan menarik untuk dilihat. Daunnya bulat bertangkai pendek menampakkanya padat. Dud Unyamanee sesuai dengan namanya yang bermaksud permata.


AGLAONEMA COSTATUM ‘FOXII’


Nama: Spotted Evergreen
Nama Saintifik: Aglaonema costatum ‘Foxii)
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Malaysia

Penerangan:
Daun berwarna hijau terang, sehingga 8 inci panjang (20cm) dan 4 inci lebar (10cm), dengan tompokan putih dan warna putih pada bahagian tulang daun. Juga dikenali sebagai ‘spotted evergreen’.


AGLAONEMA PRIDE OF SUMATERA


Nama: Aglaonema Pride of Sumatera
Nama Saintifik: Aglaonema rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’
Negara Asal: Indonesia

Penerangan:
Ini adalah “Chinese evergreen” dari Indonesia yang dijumpai oleh Mr. Gregori Hambali of Bogor, West Java (A. rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’). Ia adalah sejenis kacukan yang baru. Daunnya yang berwarna merah di bahagian bawah dan hijau di bahagian atas dengan warna merah muda pada tulang daun dan urat daun. Batangnya yang berwarna kuning krim dan seakan-akan merah tua, dan berwarna krim pada daunya juga menampakkan warna merah jambu pada urat-urat daun.


AGLAONEMA COMMUTATUM


Nama: Aglaonema ‘Treubii’
Nama Saintifik: Aglaonema commutatum
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Amerika Utara

Penerangan:
Ianya mempunyai daun berwarna gelap, bertanda di sepanjang urat-urat daun. Daunnya runcing, tegak, hijau berkilauan, boleh mencapai ketinggian 2 kaki dalam masa beberapa tahun. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi serta mempunyai daun yang tebal.

Read more...

KEBAIKAN HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA

>> July 13, 2009

HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA
DI TEMPAT KERJA, ANDA PASTI MENGALAMI KEADAAN SEPERTI TEKAK KERING, MATA BERAIR, PENING KEPALA YANG BERTERUSAN. TAHUKAH ANDA POKOK ATAU BUNGA-BUNGAAN DI TEMPAT ANDA MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN KESIHATAN.

Suasana di Kawasan tertutup
Memang kebiasaannya suasana di kawasan tertutup sukar dikawal terutamanya di dalam pejabat. Keadaan boleh menjadi terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu kering atau terlalu lembab. Tambahan pula, suasana di tempat kerja sukar memuaskan hati sesiapa sahaja: ada yang berpendapat ianya terlalu panas tetapi sementara yang lain merasainya sejuk. Di samping itu, tanpa kita sedari, peralatan di sekitar kita seperti mesin pencetak, mesin fotostat, monitor komputer, karpet, cat dan dinding adalah penyebab yang memberi kesan kepada kualiti udara di dalam kawasan tertutup.

Keadaan ini mengundang gejala seperti sakit mata, sakit kepala, kulit kering dan kusam, cecair kering pada hidung dan mulut. Ianya pasti amat merimaskan.


Musim sejuk atau panas

Pada cuaca sejuk, apabila alat pemanas dibuka sehingga tahap maksimum, ia akan menyebabkan kurangnya lembapan pada udara seterusnya mewujudkan masalah. Pada musim sejuk kebanyakkan orang akan memilih kelembapan relatif di antara 30%-60%. Sementara di pejabat pula biasanya pasti memilih tahap kepanasan sekurang-kurangnya 30%. Begitu juga semasa musim panas. Mengawal iklim/suasana di tempat kerja secara automatik tanpa membuka tingkap pejabat(tidak bergantung kepada udara semulajadi) bermakna anda tidak dapat mengawal sistem suasana di tempat kerja anda sendiri.


Apa yang anda harus lakukan?

Kini anda boleh meningkatkan kesihatan udara di tempat kerja anda. Gunakan sahaja pokok hidrokultur. Tanaman/pokok hidrokultur menciptakan kesihatan udara yang maksima di tempat kerja anda. Bukan sahaja tanaman tersebut membolehkan wap air naik semula ke dalam udara malahan ianya juga menyerap wap panas dan debu serta bahan berbahaya didalam udara di tempat kerja anda. Kebanyakkan tanaman pokok palma memberi banyak air sementara tanaman paku pakis dan pokok bunga membersihkan udara daripada bahan ‘formaldehyde’ yang dikeluarkan oleh bahan binaan, kertas dan perabot yang terdapat di dalam pejabat. Tanaman lain yang membantu membersihkan udara ialah tanaman getal, pokok ivy dan sebagainya.


Tanaman apa yang sesuai?

Tanaman berlainan memberi kesan yang berlainan- Kadangkala ianya membersihkan dan melembapkan udara. Tanaman yang mempunyai penggunaan air yang tinggi membolehkan ianya membersihkan udara sehingga 15%.

Tanaman yang disyorkan untuk membersihkan udara adalah : palma ruang tamu, ketia palma, ficus, ivy, paku boston, ‘Philodendron’, ‘Spathiphyllum’ dan yang berkaitan dengannya.

Tanaman lain yang disyorkan untuk melembapkan udara terdiri daripada: tanaman paku pakis seperti paku boston, ‘African Hemp’, ‘Cyperus’ dan sebagainya, spider plant, pokok buluh, dan Spathiphyllim.


Tingkatkan Kesihatan

Kesan penggunaan tanaman hidrokultur di tempat kerja mendapat perhatian ramai saintis untuk terus membuat kajian. Jawapan dan kesimpulan yang didapati tetap sama hasil daripada kajian mereka iaitu: tanaman memang memberi kesan terhadap suasana kerja di tempat kerja!

Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan tanaman ke atas kesihatan staf di Bahagian Radiologi di Hospital Norwgian. Apabila pokok tanaman hidrokultur ditempatkan di bahagian itu dan cahaya matahari buatan diperkenalkan, tahap kesihatan staf di situ semakin meningkat. Ini secara tidak langsung mengurangkan ketidakhadiran staf disebabkan oleh penyakit iaitu purata dalam 15% ke 5% dalam masa 6 bulan sahaja.

Kurangkan tekanan

Dengan adanya tanaman hidrokultur di tempat kerja, ianya bukan sahaja memberi kesan/perubahan kepada kawasan tertutup seperti di pejabat anda. Para penyelidik telah mendapati bahawa kawasan hijau di tempat kerja membantu mengurangkan stress dalam masa 5 minit sahaja. Penyelidik di Netherlands telah menunjukkan bahawa anda yang yang bekerja menghadap monitor komputer akan menjadi lebih selesa dengan adanya pokok hidrokultur di tempat kerja!

Lebih tenang dengan Kehijauan

Pesakit hospital yang melihat pokok hidrokultur yang hijau juga didapati sembuh lebih cepat berbanding pesakit di hospital yang tidak menyediakan pokok hidrokultur di hospital tersebut. Seperti yang kita tahu, warna hijau yang dicetuskan daripada pokok hidrokultur akan memberi kesan tenang.

Kehijauan di kawasan tertutup

Kebanyakkan Syarikat kini telah menyedari keperluan mereka untuk melindungi alam sekitar secara amnya dan kebajikan pekerja secara khusus di tempat kerja. Justeru itu, kebanyakkan syarikat kini termasuk di Malaysia telah berusaha untuk memastikan kehijauan di tempat kerja masing-masing. Kewujudan pokok di tempat kerja akan membantu pekerja mereka mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Kebanyakkan syarikat sekarang juga mempunyai polisi untuk meletakkan pokok tanaman di tempat kerja sebagai langkah untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Meningkatkan mutu kerja di tempat kerja.

Kebanyakkan orang ingin memastikan diri mereka sendiri, rakan sekerja dan syarikat mereka mendapat kesihatan yang lebih baik jadi mereka haruslah memastikan syarikat mereka mempunyai senarai tanaman/pokok hidrokultur. Ini pastinya menjamin suasana kerja yang lebih menggembirakan. Kebaikan untuk majikan anda ialah pengurangan pekerja bercuti disebabkan oleh sakit.

Read more...

APA ITU HIDROKULTUR

>> July 12, 2009

Apakah itu Hidrokultur?

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari tanpa menggunakan tanah.

Tanaman hidrokultur juga boleh digunakan sebagai rawatan sampingan. Cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan larutan air baja di dalam bekas seterusnya letak akar di dalam air baja tersebut.

Orang yang sukakan tanaman akan menghargai hidrokultur sebagai satu cara mudah untuk menanam. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama. Tanaman hidrokultur mencipta keunikan dan kecantikan ruangan rumah anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.

TAHUKAH ANDA?
Tanaman Hidrokultur Meningkatkan Kualiti Udara Di dalam Rumah Anda.


APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HIDROKULTUR

Adakah ini adalah kaedah baru untuk tanaman dalam rumah?
Tidak. Hidrokultur telah digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kemudian digunakan secara meluas di Eropah. Di Holland, Switzerland dan Jerman, 1/3 hingga ½ daripada tanaman dalam rumah ditanam tanpa menggunakan tanah.

Penyiraman yang berlebihan(over-watering) adalah satu penyebab utama kematian tanaman dalam rumah. Jadi bagaimana tanaman hidrokultur boleh bertahan memandangkan ianya membesar dalam air?Jawapannya sudah tertulis dalam soalan tadi: ‘membesar dalam air’. Dalam kaedah hidrokultur, tanaman dalam rumah biasanya membesar dengan air bukan dalam air. Selagi akar pokok tidak tenggelam di dalam air, tanaman itu tidak akan mati kerana penyiraman yang berlebihan.
Di rumah mahupun tempat kerja, udara juga boleh tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Ianya telah terbukti dimana tanaman hidroculture berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur juga boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang
terdapat pada kawasan akar.

TAHUKAH ANDA???
Statistik Menunjukkan Statistik Menunjukkan Kebanyakan Kita Menghabiskan Masa 22 Jam Di kawasan Tertutup (Dalam Bangunan)

Kita menghabiskan masa di kawasan tertutup iaitu:
• 8 jam bekerja
• 7 jam di rumah
• 7 jam di tempat tidur

Statistik Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya kesihatan udara Di Kawasan Tertutup Untuk Jaminan Kesihatan Yang Lebih Baik(Sumber NASA)

Read more...

Selamat Datang Ke Blog / Welcome To My Blog

>> July 06, 2009

Terima Kasih Kepada Anda Yang telah Melayari Blog Ini. Sekiranya Ada Sebarang Komen, nasihat Atau Masalah Sudilah Kiranya Menghubungi Saya Di sini.

Sudilah Kiranya Anda Semua Berkongsi Maklumat Dengan Saya Bagi Mengembangkan Lagi Pengetahuan Kita Dalam Bidang Pertanian Ini.

Sekian Terima Kasih

...........................................................................................................................................................................

Hello Everybody..

Thank you for visiting my Blog. If you had any comments, advice or questions just comments or email me. I'll be here.

I'm very happy if you can share with me any information about agriculture field.
Thanks Again...Enjoy!

Read more...

About This Blog

Blog ini adalah sekadar maklumat berkenaan tanaman hidrokultur (hydroculture) dan juga tanaman yang berkaitan dengan hidrokultur. Blog ini juga membuka ruang kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penanaman pokok hiasan dengan menggunakan kaedah terbaru tanpa menggunakan tanah. Selamat melayari blog ini.

Peluang Bisnes Hidrokultur

Rebutlah peluang bergelar stokis hidrokultur bersama kami. Peluang pendapatan lumayan buat anda yang menceburi bidang ini kerana bidang hidrokultur di Malaysia masih hijau dan tiada usahawan yang terlibat dalam bidang ini. Justeru itu, menyedari potensi untuk berjaya adalah besar, kami ingin melahirkan usahawan Hidrokultur di Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP