Pegaga: Centella Asiatica
>> July 19, 2009
Nama Tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica/hydrocotyle asiaticaNama Lain: Tapak kuda (Indonesia), Pennywort (Inggeris), Gotu kola (India), Buabok(Thai), Ching Chow Sui (Cina). Mandookaoarni (Sanskrit)
Famili: Apiaceae/Umbelliferae
Pegaga berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagaskar. Kemudian tersebar ke kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, Hindia BArat, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembab berdekatan dengan air (dipersisiran sungai dan tali air) Kebanyakan sepsis boleh tumbuh di kawan terbuka, namun ada juga spesis yang memerlukan keadaan lindungan sederhana.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Khasiat:
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan 3 kaum utama negara iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
Di Madagaskar pegaga dikeringkan, dikisar dan digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, sifilis, bronchitis dan luka-luka kulit. Kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
• Penawar alahan
• Anti kanser
• Melawaskan air kencing
• Penawar batu karang
• Penawar kencing berdarah
• Penawar ulser
• Merangsang peredaran darah
• Merawat cirit birit
• Menurunkan tekanan darah
0 comments:
Post a Comment