APA ITU HIDROKULTUR

>> July 12, 2009

Apakah itu Hidrokultur?

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari tanpa menggunakan tanah.

Tanaman hidrokultur juga boleh digunakan sebagai rawatan sampingan. Cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan larutan air baja di dalam bekas seterusnya letak akar di dalam air baja tersebut.

Orang yang sukakan tanaman akan menghargai hidrokultur sebagai satu cara mudah untuk menanam. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama. Tanaman hidrokultur mencipta keunikan dan kecantikan ruangan rumah anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.

TAHUKAH ANDA?
Tanaman Hidrokultur Meningkatkan Kualiti Udara Di dalam Rumah Anda.


APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HIDROKULTUR

Adakah ini adalah kaedah baru untuk tanaman dalam rumah?
Tidak. Hidrokultur telah digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kemudian digunakan secara meluas di Eropah. Di Holland, Switzerland dan Jerman, 1/3 hingga ½ daripada tanaman dalam rumah ditanam tanpa menggunakan tanah.

Penyiraman yang berlebihan(over-watering) adalah satu penyebab utama kematian tanaman dalam rumah. Jadi bagaimana tanaman hidrokultur boleh bertahan memandangkan ianya membesar dalam air?Jawapannya sudah tertulis dalam soalan tadi: ‘membesar dalam air’. Dalam kaedah hidrokultur, tanaman dalam rumah biasanya membesar dengan air bukan dalam air. Selagi akar pokok tidak tenggelam di dalam air, tanaman itu tidak akan mati kerana penyiraman yang berlebihan.
Di rumah mahupun tempat kerja, udara juga boleh tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Ianya telah terbukti dimana tanaman hidroculture berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur juga boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang
terdapat pada kawasan akar.

TAHUKAH ANDA???
Statistik Menunjukkan Statistik Menunjukkan Kebanyakan Kita Menghabiskan Masa 22 Jam Di kawasan Tertutup (Dalam Bangunan)

Kita menghabiskan masa di kawasan tertutup iaitu:
• 8 jam bekerja
• 7 jam di rumah
• 7 jam di tempat tidur

Statistik Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya kesihatan udara Di Kawasan Tertutup Untuk Jaminan Kesihatan Yang Lebih Baik(Sumber NASA)

0 comments:

About This Blog

Blog ini adalah sekadar maklumat berkenaan tanaman hidrokultur (hydroculture) dan juga tanaman yang berkaitan dengan hidrokultur. Blog ini juga membuka ruang kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penanaman pokok hiasan dengan menggunakan kaedah terbaru tanpa menggunakan tanah. Selamat melayari blog ini.

Peluang Bisnes Hidrokultur

Rebutlah peluang bergelar stokis hidrokultur bersama kami. Peluang pendapatan lumayan buat anda yang menceburi bidang ini kerana bidang hidrokultur di Malaysia masih hijau dan tiada usahawan yang terlibat dalam bidang ini. Justeru itu, menyedari potensi untuk berjaya adalah besar, kami ingin melahirkan usahawan Hidrokultur di Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP