AGLAONEMA

>> July 15, 2009

TANAMAN HIASAN: AGLAONEMA


Nama Tempatan
: Aglonema
Nama Saintifik : Aglaonema spp.
Nama Lain : Sri rejeki (Indonesia) ,evergreen (Chinese), keladi
Famili : araceae
Kegunaan : Tumbuhan hiasan
Asal : Asia
Spesis : lebih kurang 20 spesis

* Aglaonema brevispathum
* Aglaonema commutatum
* Aglaonema costatum
* Aglaonema crispum
* Aglaonema hookerianum
* Aglaonema modestum
* Aglaonema nebulosum
* Aglaonema nitidum
* Aglaonema pictum
* Aglaonema rotundum
* Aglaonema siamense
* Aglaonema simplex
* Aglaonema Anjamani
* Aglaonema Lady Valentine
* Aglaonema Param Ruai
* Aglaonema Pred Of Sumatera
* Aglaonema Tropical

Ciri-ciri :
Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae) dan menjadi tumbuhan hiasan kegemaran kerana daunnya yang menarik dan ketahanannya hidup di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang terbatas.

Habitat asalnya ialah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup sempurna pada medium yang mempunyai saliran yang baik dan poros serta mendapat bekalan air yang mencukupi.Air sangat penting untuk pertumbuhannya dan tumbuhan ini akan mati jika tidak mendapat air yang mencukupi.Ia juga merupakan tumbuhan yang senang ditanam serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Aglaonema merupakan sejenis herba bukan semusim dan apabila matang ia boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm (bergantung kepada spesisnya). Daunnya berbentuk pelepah seperti daun keladi dan berbentuk runcing dihujungnya. Bunganya pelbagai, secara amnya berwarna putih dan kecil.Sesetengah spesis boleh mengeluarkan buah yang berbentuk beri dan berwarna merah.Antara aglaonema yang biasa ditanam ialah Aglaonema commutatum maculatum,A. commutatum treubi,A. pseudo bracteatum,A. crispum (syn:a.roebellinii) dikenali juga dengan nama painted drop tounge,A. rotundum.

Pelbagai spesis hibrid juga telah dihasilkan dari spesis asal tersebut antaranya yang popular ialah pride of sumatera, Donna carmen,King of Siam,A. `Abidjan',A. `B.J. Freeman',A. `Bangkok',A. `Fransher',A. `Lillian',A. `Malay Beauty',A. `Manila',A. `Maria',A. `Parrot Jungle',A. `Romana',A. `San Remo',A. `Silver Duke',A. `Silver King' dan banyak lagi.


AGLAONEMA ANJAMANI


Nama : Dud Unyamanee
Nama Saintifik: Aglaonema Anjamani
Negara Asal : Thailand
Keluarga: Araceae

Penerangan:
Warna merah dan bertompok-tompok hijau dihelai antara urat dan pinggir daunnya membuatkannya cantik dan menarik untuk dilihat. Daunnya bulat bertangkai pendek menampakkanya padat. Dud Unyamanee sesuai dengan namanya yang bermaksud permata.


AGLAONEMA COSTATUM ‘FOXII’


Nama: Spotted Evergreen
Nama Saintifik: Aglaonema costatum ‘Foxii)
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Malaysia

Penerangan:
Daun berwarna hijau terang, sehingga 8 inci panjang (20cm) dan 4 inci lebar (10cm), dengan tompokan putih dan warna putih pada bahagian tulang daun. Juga dikenali sebagai ‘spotted evergreen’.


AGLAONEMA PRIDE OF SUMATERA


Nama: Aglaonema Pride of Sumatera
Nama Saintifik: Aglaonema rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’
Negara Asal: Indonesia

Penerangan:
Ini adalah “Chinese evergreen” dari Indonesia yang dijumpai oleh Mr. Gregori Hambali of Bogor, West Java (A. rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’). Ia adalah sejenis kacukan yang baru. Daunnya yang berwarna merah di bahagian bawah dan hijau di bahagian atas dengan warna merah muda pada tulang daun dan urat daun. Batangnya yang berwarna kuning krim dan seakan-akan merah tua, dan berwarna krim pada daunya juga menampakkan warna merah jambu pada urat-urat daun.


AGLAONEMA COMMUTATUM


Nama: Aglaonema ‘Treubii’
Nama Saintifik: Aglaonema commutatum
Keluarga: Araceae
Negara Asal: Amerika Utara

Penerangan:
Ianya mempunyai daun berwarna gelap, bertanda di sepanjang urat-urat daun. Daunnya runcing, tegak, hijau berkilauan, boleh mencapai ketinggian 2 kaki dalam masa beberapa tahun. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi serta mempunyai daun yang tebal.

0 comments:

About This Blog

Blog ini adalah sekadar maklumat berkenaan tanaman hidrokultur (hydroculture) dan juga tanaman yang berkaitan dengan hidrokultur. Blog ini juga membuka ruang kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penanaman pokok hiasan dengan menggunakan kaedah terbaru tanpa menggunakan tanah. Selamat melayari blog ini.

Peluang Bisnes Hidrokultur

Rebutlah peluang bergelar stokis hidrokultur bersama kami. Peluang pendapatan lumayan buat anda yang menceburi bidang ini kerana bidang hidrokultur di Malaysia masih hijau dan tiada usahawan yang terlibat dalam bidang ini. Justeru itu, menyedari potensi untuk berjaya adalah besar, kami ingin melahirkan usahawan Hidrokultur di Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP